Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Abstrak: MUNASABAH AL-QUR’AN

Posted by anakkawi on January 2, 2008

2004-00264

MUNASABAH AL-QUR’AN: KAJIAN PENGGUNAAN KATA DASAR AL- ‘AQL PADA PENGAKHIRAN AYAT AL-QURAN

AFIFAH BINTI ABU BAKAR

DISERTASI SARJANA USULUDDIN, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR, 2004

Munasabah merupakan satu disiplin ilmu yang membicarakan tentang pertautan antara ayat-ayat al-Quran atau antara surah-surahnya berdasarkan penyusunannya dalam mushaf. Dalam proses memahami isi kandungan al-Quran, munasabah jarang sekali diperkatakan sebagai salah satu kaedah pentafsiran. Ia kurang popular di kalangan para mufasir kerana dikategorikan sebagai ilmu yang sukar didalami dan difahami. Lebih-lebih lagi apabila terdapat alternatif lain yang dianggap lebih mudah dan senang dipelajari. Ini mengakibatkan penguasaan terhadapnya semakin diabaikan. Menyedari hakikat ini, penulis merasakan kajian mengenainya perlu dilakukan di samping menyedarkan para pengkaji al-Quran akan kepentingan ilmu tersebut. Lantaran itu, penulis telah memfokuskan kajian ini kepada satu tajuk khusus agar bidang kajian tampak lebih jelas dan menjurus. Tumpuan penulis adalah kepada lafaz-lafaz al ‘aql yang terletak di penghujung ayat. Berdasarkan analisa yang dilakukan, penulis mendapati bahawa lafaz tersebut mempunyai beberapa maksud bergantung kepada intipati dan maksud ayat. Al-‘aql dalam al-Quran bukan sekadar membawa maksud akal semata-mata, tetapi mencakupi bidang yang lebih luas daripada itu. Al-Quran hanya menjadikan kalimah tersebut sebagai asas dalam menggambarkan aktiviti-aktiviti dan peranan yang dimainkan oleh akal. Hasil daripada kajian keseluruhannya, penulis mendapati bahawa munasabah merupakan ilmu yang mampu membongkarkan kemukjizatan al-Quran. I’jaznya bukan sekadar terdapat pada ilmu yang terkandung di dalamnya, bahkan turut terdapat pada setiap susunan huruf, lafaz, ayat dan surahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: