Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Malaysia: Penyumbang CO2 dunia

Posted by anakkawi on January 2, 2008

Nih adalah petikan surat yang aku perolehi dari Bernama.com,

Tuan Pengarang,

Piarapakaran Subramaniam

Menurut Laporan Pembangunan Manusia (Human Development Report) 2007/2008 Malaysia mempunyai syer 0.6% dalam syer dunia pembebasan gas karbon dioksida (CO2) pada 2004. Jmlah pembebasan CO2 pada 1990 adalah 55 juta tan dan meningkat kepada 177 juta tan pada 2004. Peningkatan pembebasan dalam jangkamasa ini adalah 221 %, dan jika kita meramal secara linear, pada 2020 kita akan melepaskan hampi kepada 316.4 juta tan CO2. Peningkatan projek-projek pembangunan akan meningkatkan pembebasan CO2 negara. Bagaimana pula menggalakkan indusri untuk mengurangkan pembebasan CO2? Pemberian insentif ekonomi oleh kerajaan kepada industri-industri merupakan langkah yang boleh dipertimbangkan. Ini membolehkan industri-industri ini untuk melabur dalam teknologi yang mengurangkan pembebasan CO2. Pasa masa yang sama, industri juga dapat menghasilkan barangan yang mesra alam. Industri-industri di Malaysia masih jauh ketinggalan dalam Penilaian Kitar Hayat atau di kenali sebagai Life Cycle Assessment (LCA) yang membantu pengurangan kesan kepada alam sekitar. LCA dijalankan kepada keseluruhan pihak-pihak yang terlibat, iaitu, daripada pembekal-pembekal bahan mentah, industri-industri pemprosesan dan pembuatan serta pengguna. Ini membantu ke semua pihak memainkan peranan dalam mengurangkan impak kepada alam sekitar. Pelabelan barangan mesra alam, dan pengiktirafan kesungguhan industri-industri akan mengorak langkah ke arah ekonomi yang sihat. Masa sudahpun tiba kepada industri-industri di Malaysia untuk beralih kepada “Pembuatan Hijau (Green Production)”. Jika, industri-industri ini ingin memasuki pasaran eksport, LCA akan membantu mereka dalam berbuat demikian di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Beberapa negara Asia seperti Jepun dan Korea Selatan telahpun menjalankan LCA dan merupakan pakar dalam bidang ini. Tenaga yang boleh Diperbaharui (Renewable Energy-RE) dan Bahan api Alternatif bukan jalan penyelesaian yang mudah dalam mengurangkan masalah alam sekitar. Cara penghasilan RE dan bahan api alternatif juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan pembebasan CO2. Perladangan yang tidak lestari juga boleh memberikan kesan yang kepada alam sekitar serta pembebasan CO2. Walaupun penghasilan bahan api alternatif dapat mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, akan tetapi, ia tidak semestinya menyelesaikan masalah pembebasan CO2. Pengguna domestik juga menyebabkan pencemaran udara dan juga pembebasan CO2 yang tinggi. Walaupun kita mengunakan bahan api alternatif ianya masih membebaskan CO2. Jika sistem jalan raya tidak diperbaiki, negara kita akan mengalami masalah kesesakan lalulintas yang lebih teruk pada masa akan datang. Ini akan membazirkan bahan api serta meningkatkan pembebasan CO2. Maka, pengangkutan awam serta infrastrukturnya juga patut dibangunkan untuk mengurangkan pembebasan CO2. Kita juga patut memastikan pembuat kereta nasional menghasilkan kereta yang menggunakan bahan api secara efisyen serta kereta yang menggunakan bahan api alternatif. Kami menyeru agar delegasi Malaysia ke Persidangan Perubahan Cuaca Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Bali, Indonesia supaya mengorak langkah untuk kita mengurangkan pembebasan CO2 dengan mengikut penetapan pengurangan yang dipersetujui. Komitmen kita di peringkat antarabangsa memastikan komitmen kita diperingkat kebangsaan.

Daripada: Petaling Jaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: