Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Isu Paling Hangat = Situasi Paling Bodoh

Posted by anakkawi on January 3, 2008

Aku sebenarnya xsuka komen2 pasal politik dan apa2 yang berkaitan dengan politik. Bagi aku politik tu semua penuh dengan tipu daya. Sapa cakap kita patut sokong PAS sbb PAS tu parti Islam, memang bodoh. Bace dulu sampai abes, nanti aku bgtau kenapa.

Semua orang Malaysia tentu dah tahu pasal kes DVD seks Soi Lek kantoi di pasaran terbuka tu kan. Selepas Soi Lek membuat pengakuan, “Orang itu adalah saya,” maka banyak la orang yang memberi pendapat masing2, sama ada secara terbuka atau secara tertutup.

Tapi situasi paling bodoh aku tengok, bila suku sakat kaum kerabat yang sealiran politik dengan Soi Lek itu mempertahankan apa yang telah berlaku. Sape2 yang perasan ada sorang ahli politik Melayu yang beragama Islam masa sidang akhbar tu boleh cakap, “itu hak peribadi beliau.”

Memang la benda yang dia buat tu hak peribadi dia tu. Tapi dah dia buat tu benda salah. Yang sibuk2 tunjuk muka kononnya bagi sokongan politik kat dia tu apa cerita? Tak ke bodoh bunyinya. Patutnya si Soi Lek tu terus letak jawatan pastu bg surat mohon maaf secara terbuka pada media2. Pastu terus menghilangkan diri. Senang, abes cerita. Orang pon xleh nak cerita banyak. Paling kurang pon diorang kutuk cakap pemimpin kerajaan ni xde moral.

Tapi sebab suma monyet2 tu tunjuk muka xmalu, g wat sidang akhbar kononya bg sokongan politik. Kan dah jadi suatu situasi yang amat bodoh. Maka sape2 yang menyokong Soi Lek tu juga terdiri dari org2 yang bodo la. Atau dalam bahsa manisnya, pendek akal, tak bijak berpikir, atau pandai yang kurang.

Tapi aku terfikir, klo mcmtu la pemimpin kita [bodoh2 suma], maka kita sekarang ini dipimpin oleh orang2 yang bodo la? Orang2 yang bodo kemudian memperbodokan kita semua [sbb diorg ada power, rakyat xde power, powernya cuma 1 undi dari 27 juta penduduk Malaysia] Hahaha, maka tinggalkan orang2 yang melarikan diri dari orang2 yang bodo2 tesebut. [Sebab tu dalam situasi sekarag lebih baik duk kt tengah2, kita semua tunggu dn lihat apa la org2 bodo di sekililing kita nak buat]

Oh, persoalan yang aku timbulkan tadi, bodoh klo sokong PAS sbb PAS parti Islam? Yup, memang benar. Sebab org2 yang bijak cuma akan menyokong PAS sbb dalam PAS tu ada orang2 Islam yang cuba memperjuangkan Islam. Bukan sbb ia sebuah parti yg ada nama Islam. Nak menyokong pon kene la bijak, jangan sokong sbb org lain pon sokong…

Yang menjamin hidup kita di dunia ni bukan org2 yang menyokong perjuangan Islam, tak kesah la dari parti mana pon mereka itu, tapi hanya Allah Yang Esa yang dapat menjamin hidup kita dunia akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: