Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Isu Yuran Sekolah

Posted by anakkawi on January 3, 2008

Tahun 2008 adalah tahun pendidikan percuma. Tiada lagi yuran sekolah, tiada lagi perbelanjaan untuk buku2 teks. Semuanya percuma atau pon pinjaman. Tapi dalam sibuk2 semua benda free nih, ada gak ibu bapa yang mengeluh mengatakan pihak sekolah masih mengenakan pelbagai jenis yuran seperti yuran PIBG, takaful dan sebagainya. Jika di ambil kira semua tu ada la dalam RM200. Yuran sekolah yang dimansuhkan sebelum ni hanya sekitar RM50.

Maka mereka2 yang punyai anak untuk disekolahkan mempersoalkan, “lagi mahal RM200 itu berbanding RM50.”

Jika kita semua perasan, bila isu berkenaan yuran ini dibangkitkan pihak KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) menunding jari pada pihak sekolah,  menyatakan itu bukan yuran yang diwajibkan kerajaan.  Memang benar, jawapan yang sangat mudah untuk melepaskan diri. Namun hakikatnya yuran berkenaan dibenarkan oleh pihak KPM juga.

Aku bangkitkan isu ini di sini buat kita semua yang bakal mempunyai anak, dan bakal menyekolahkan anak2 kita di sekolah2 di Malaysia.

Apa pentingnya yuran tambahan yang mencecah RM200 itu? Bapak aku [Seorang pengetua] menyatakan, lebih senang jika pihak ibubapa diberi pilihan untuk bayar atau tidak yuran tambahan itu. Namun jika tak bayar, tak bole la anak2 mereka mengikuti kegiatan khas atau kegiatan tambahan di sekolah, seperti ko-kurikulum, kelas tambahan, kelas inisiatif, program2 motivasi, dsb. Mudah bukan? Tapi akibatnya jangan disalahkan pihak sekolah bila anak2 tak pandai belajar.

Lihat sahaja anak2 cina di sekolah cina. Selalu kita bangkitkan, orang2 cina lebih pandai belajar benbanding org2 melayu. Itu sebab anak2 cina belajar hidup susah untuk menjadi senang. Tapi kita anak2 melayu belajar hidup senang kerana takut menjadi susah. Jika kita nk tgk anak kita berjaya, ajarlah mereka konsep pengorbanan. Tiada benda yang percuma dalam dunia ni. Banyak ibubapa yang sanggup bekorban untuk anak2, tetapi tidak banyak yang sedar pentingnya mengajar erti pengorbanan pada anak2.

Mudah sahaja, katakan sahaja pada anak2, “Ini ayah bayarkan duit RM200 untuk persekolahan kamu, janjilah dengan pengorbanan yg ayah buat untuk menyekolahkan kamu, kamu akan belajar dan berikan yang terbaik utk pelajaran kamu…”

^c^~

Surat di bawah ni aku amik Dari Utusan Malaysia Online. Bacelah, dan fahamilah betapa pentingnya yuran tambahan sekolah tersebut.

Hargailah yuran PIBG

PENDAFTARAN sesi persekolahan 2008 bermula minggu ini dan ketika itu pelbagai isu akan timbul terutama isu yuran-yuran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah.

Pasti ramai ibu bapa yang keliru dan mempertikaikan keperluan pembayaran yuran-yuran tambahan lain yang dibahagikan kepada tiga pakej berbeza.

Dalam hal ini, ibu bapa ingin memahami pentingnya aktiviti-aktiviti bukan akademik terhadap psikologi pembesaran dan kemahiran sosial anak-anak mereka.

Salah satunya adalah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti anjuran pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sebagai contoh, setiap tahun Kementerian Pelajaran mengarahkan majlis gotong-royong perdana untuk mewujudkan suasana bersih dan ceria di sekolah.

Program sedemikian bermatlamat mewujudkan kemesraan antara ibu bapa, anak-anak dan guru. Ramai ibu bapa tidak memahami betapa gembiranya bagi anakanak mereka apabila melihat ibu bapa mereka berganding bahu mengecat kelas masing-masing.

Institusi sekolah bukanlah sekadar tempat untuk kecemerlangan akademik semata-mata. Boleh kita bayangkan betapa kosongnya proses pembelajaran anak-anak kita jika tiada aktiviti kokurikulum seperti hari sukan? Atau tiada anugerah pelajar cemerlang untuk anak-anak kita yang berjaya dalam peperiksaan?

Malangnya, tidak ramai ibu bapa yang sanggup meluangkan masa menghadiri mesyuarat agung PIBG. Malah, ramai ibu bapa yang hadir pada mesyuarat agung PIBG semata-mata kerana menemani anak-anak masing-masing yang mendapat anugerah dan hadiah kecemerlangan.

Sebaik sahaja selesai majlis anugerah dan mesyuarat PIBG hendak dimulakan, tinggallah beberapa kerat ibu bapa. Sedangkan mesyuarat agung adalah platform terbaik untuk ibu bapa menilai keberkesanan perbelanjaan oleh pihak PIBG.

Isu-isu seperti PIBG yang menyimpan terlalu banyak wang di dalam bank dan sebagainya boleh dibangkitkan dalam mesyuarat agung PIBG.

Untuk pengetahuan, PIBG tidak boleh sewenang-wenangnya mengendalikan kegiatan mengumpul dana. Aktiviti kutipan dana seperti hari kantin hanya boleh diadakan dua tahun sekali.

Segala jenis perbelanjaan dan pendapatan PIBG disemak oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Sebenarnya jika yuran tambahan berjumlah RM130 setahun, itu bersamaan 36 sen sehari. Jika pendapatan isi rumah sebulan RM2,500, yuran tambahan tersebut hanyalah berjumlah 0.0144 peratus.

Kita khuatir jika sikap sebegini berterusan, masyarakat akan sentiasa dibelenggu mentaliti subsidi dan inginkan segala-galanya percuma. Sedangkan kerajaan selain dari menyediakan pendidikan secara percuma, juga banyak dibebankan dengan lain-lain subsidi seperti subsidi beras, minyak dan gula.

Jika ibu bapa memberi alasan bahawa kenaikan kos sara hidup sebagai alasan untuk mempertikaikan yuran tambahan ini, demikian jugalah kesukaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dan PIBG dalam mengadakan aktiviti mereka.

Contohnya, anugerah kecemerlangan tahunan. Katakanlah setiap tahun dipilih tiga pelajar bagi setiap kelas. Jika setiap tahun satu hingga enam mempunyai empat kelas, terdapat 72 cenderahati yang perlu dibeli. Jika setiap satu berharga RM20, ia bersamaan RM1,440.

Perkiraan di atas belum melibatkan anugerah-anugerah lain seperti kokurikulum dan kecemerlangan sukan, kelas agama, fardu ain dan bahasa Arab. Demikian juga dengan minuman dan makanan ringan. Jika kos makanan RM0.50 seorang, untuk 1,500 murid dan 500 ibu bapa kosnya mencecah RM1,000.

Ahli-ahli jawatankuasa PIBG kadangkala terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi menjayakan aktiviti-aktiviti memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak. Itu belum diambil kira pengorbanan masa yang diluangkan termasuk yang terpaksa mengambil cuti demi menjayakan kegiatan sebegini.

Kita tentu tidak sanggup membayangkan suatu hari nanti, PIBG berkubur. PIBG adalah manifestasi budaya gotong-royong yang kita amalkan selama ini. Jika semangat gotong-royong sebegini beransur-ansur dihakis, masyarakat kita akan menjadi lebih individualistik dan tidak bertamadun.

– MOHD. SIDKI HASAN

TTDI Jaya Shah Alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Isu Yuran Sekolah

Posted by anakkawi on January 3, 2008

Tahun 2008 adalah tahun pendidikan percuma. Tiada lagi yuran sekolah, tiada lagi perbelanjaan untuk buku2 teks. Semuanya percuma atau pon pinjaman. Tapi dalam sibuk2 semua benda free nih, ada gak ibu bapa yang mengeluh mengatakan pihak sekolah masih mengenakan pelbagai jenis yuran seperti yuran PIBG, takaful dan sebagainya. Jika di ambil kira semua tu ada la dalam RM200. Yuran sekolah yang dimansuhkan sebelum ni hanya sekitar RM50.

Maka mereka2 yang punyai anak untuk disekolahkan mempersoalkan, “lagi mahal RM200 itu berbanding RM50.”

Jika kita semua perasan, bila isu berkenaan yuran ini dibangkitkan pihak KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) menunding jari pada pihak sekolah,  menyatakan itu bukan yuran yang diwajibkan kerajaan.  Memang benar, jawapan yang sangat mudah untuk melepaskan diri. Namun hakikatnya yuran berkenaan dibenarkan oleh pihak KPM juga.

Aku bangkitkan isu ini di sini buat kita semua yang bakal mempunyai anak, dan bakal menyekolahkan anak2 kita di sekolah2 di Malaysia.

Apa pentingnya yuran tambahan yang mencecah RM200 itu? Bapak aku [Seorang pengetua] menyatakan, lebih senang jika pihak ibubapa diberi pilihan untuk bayar atau tidak yuran tambahan itu. Namun jika tak bayar, tak bole la anak2 mereka mengikuti kegiatan khas atau kegiatan tambahan di sekolah, seperti ko-kurikulum, kelas tambahan, kelas inisiatif, program2 motivasi, dsb. Mudah bukan? Tapi akibatnya jangan disalahkan pihak sekolah bila anak2 tak pandai belajar.

Read the rest of this entry »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: