Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Susahnya menjadi Lelaki

Posted by anakkawi on January 3, 2008

Dulu selalu kita dengar cerita masalah rumahtangga adalah disebabkan sang suami, panas baran, ego, tak bersyukur, tak bertanggungjawab dan sebagainya. Namun kini kes2 rumahtangga yang disebabkan si isteri yang bermasalah juga semakin meningkat. Bila baca cerita2 begini takut lak nak kawen. Haha, tapi doa2 je la. Moga dipertemukan dengan pasangan yang terbaik dan paling sempurna untuk kita.

Hrm, Mungkin juga itu akibatnya jika kaum wanita ingin sangat setaraf dan memiliki kuasa yang dipunyai oleh orang lelaki? Maka kaum wanita juga mendapat penyakit yang dahulunya hanya dimiliki orang lelaki.🙂

Carilah isteri yang tahu bersyukur

41 mins ago by Haniey.

MENARIK, memang menarik. Kisah yang dipaparkan minggu ini memang jarang anda dapat membacanya, kerana kurang sambutan daripada kalangan mereka yang mengikuti ruangan ini. Kebanyakan mereka biasanya suka mengumpat, memperlekeh dan mengetepikan keadaan sebenar berdasarkan pandangan dan pengalaman mereka sendiri.“Saya orang lelaki, saya pun faham masalah orang lelaki yang mendapat isteri banyak kerenah dan serba tak kena. Biasanya kami membaca dengan darah mendidih, sebab setiap kisah yang dipaparkan seolah-olah semua lelaki tak baik, semua wanita baik dan betul sahaja, tetapi mereka pun perlu melihat diri sendiri.” Demikian antara lain menurut pandangan Encik Iman dari P. P. dalam e-melnya kepada penulis.“Memang saya pembaca tetap DCCK. Saya sedar, kebanyakan cerita lebih berkisar tentang kezaliman suami terhadap isteri, kecurangan suami, kecuaian pihak suami menjalankan tanggungjawab dan macam-macam perkara lain tentang sikap suami yang zalim dan tidak bertanggungjawab ini.“Walaupun saya ada perasaan tidak bersetuju dengan apa yang dipaparkan, namun semua pandangan penulisnya saya baca dan saya jadikan iktibar dan panduan dalam mengharungi hidup ini. Dan yang penting saya selalu berdoa kepada Allah agar dijauhkan diri saya daripada sifat-sifat yang buruk itu.

“Dan yang penting saya tidak menafikan apa yang diceritakan oleh penulis adalah mengikut pengalaman mereka yang melalui pelbagai masalah itu. Memang ada kebenarannya tetapi bukan semua lelaki seperti itu, dan si wanitanya bukan semua isteri itu baik dan sempurna, malah ada yang lebih kejam daripada tindakan suami.

Oleh kerana aku amik cerita ni dr blog orang lain, Sambungannya di sini “Carilah isteri yang tahu bersyukur.”Selamat membaca…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: