Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Lagi Isu Yuran Sekolah

Posted by anakkawi on January 7, 2008

Ni lagi isu berkenaan yuran sekolah. Aku ambil surat pembaca ni dari Utusan Malaysia Online. Nak cerita kt sini. Selagi yuran tu berpatutan dengan apa yang anak kita terima di sekolah, bayar je lah. Untuk pembelajaran anak2 gak. Pihak sekolah bukan nak guna duit tu untuk berjoli. Kita2 ni je yang suka berjoli. Apa salahnya bekorban sket untuk budak tu. Lagipon bukan selalu. Setahun sekali je. Kekayaan patut diukur dengan ‘berapa banyak duit yang kita habis untuk pembelajaran anak2 kita’, bukannya berapa banyak duit yang kita habis untuk menunjukkan yang kita ni berharta… [walaupon sebenarnya harta tu pon dibeli dengan hutang ansuran]

Bermegahlah dengan pendidikan anak

SAYA terpanggil ingin memberi sedikit ulasan mengenai bayaran tambahan sekolah. Sebenarnya saya hairan dengan sikap ibu bapa zaman sekarang yang begitu berkira dengan bayaran sekolah anak mereka.

Semasa saya belajar dahulu, bapa saya yang bekerja sebagai pekerja rendah am, boleh menyara kehidupan kami yang mempunyai enam orang yang bersekolah, tanpa pernah mengeluh sedikit pun mengenai yuran sekolah kami.

Tetapi ibu bapa sekarang terlalu berkira tentang yuran yang hanya setahun sekali dibayar. Bayaran tersebut bukan digunakan untuk kepentingan sekolah tetapi untuk program dan keselesaan para pelajar juga.

Wajarlah dibantah jika bayaran yang dikenakan terlalu tinggi oleh pihak sekolah. Pernahkah mereka yang membantah mengenai yuran, berfikir bagaimana untuk menjalankan sesuatu program jika tiada sumber pembiayaan.

Dan, yang pasti, mereka yang selalu membantah ini, bukanlah daripada keluarga yang kurang berkemampuan tetapi daripada kalangan berada.

Jika boleh membayar ansuran bulanan kereta mewah, bil Astro setiap bulan, set hiburan yang berjenama, telefon bimbit yang bertukar setiap tahun, kenapa mengeluh dengan yuran sekolah yang tidak seberapa dan hanya setahun sekali dibayar, demi pendidikan anak kita?

Apabila hujung tahun bising bertanya kenapa sekolah tiada program, pelajar akan ponteng, tetapi bagaimana ingin membuat program jika tiada wang?

Berfikirlah dengan rasional, jika boleh membeli barangan rumah yang mewah untuk bermegah, lebih baik bermegah dengan pendidikan anak-anak.

Set hiburan, peralatan elektrik yang berjenama tidak membantu pada masa tua, anak-anak yang berjayalah yang akan membantu kita nanti.

– Pandang Jauh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: