Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Cuba pupur buatan sendiri

Posted by anakkawi on January 8, 2008

SAMBIL menanti waktu berbuka di hujung minggu, apa kata isi masa terluang untuk mencuba pupur yang diadun sendiri dari bahan yang boleh didapati dari dapur anda saja. Khasiatnya juga menyamai pupur dibeli dari farmasi. Malah, dengan adunan bahan yang segar tanpa campuran sebarang bahan kimia mampu merangsang kulit anda untuk lebih ceria dan menawan.

Pupur atau masker adalah perawatan kulit tertua dalam terapi kecantikan. Pada zaman Mesir kuno, mereka menggunakan lumpur dan tanah liat untuk membuang sel kulit mati dan menyembuhkan luka.

Abad ke-17 wanita Eropah mula mengoles wajah dengan pupur berasaskan susu dan telur. Malah, ada yang mengadun ramuan pupur dengan sayuran dan buahan segar, bunga-bungaan dan herba bagi membersih serta menyegarkan kulit wajah.

Di Amerika Selatan dan Mexico, wanitanya memanfaatkan avokado yang mengandungi kandungan vitamin E untuk melindungi kulit dan rambut daripada sinaran matahari.
Mungkin anda boleh cuba sendiri ramuan pupur yang diberikan di bawah.

Untuk Kulit Normal dan Kering

Bahan:

1 biji telur ayam kampung

1/2 bahagian isi avokado

1 sudu mayonis

1 sudu serbuk penaik

2 titik esen

Masukkan avokado dan mayonis dalam pengisar, kisar hingga hancur. Tambahkan madu, dan bahan lain. Akhir sekali masukkan serbuk penaik. Elok jika pupur ini digunakan terus selepas dihasilkan.

Untuk Pencerah Wajah dan Lengan

Bahan:

1/2 bahagian isi avokado

1 biji tomato

1 biji lemon (air)

Kisar avokado dan semua bahan sehingga adunan menjadi doh lembut. Oleskan pada wajah, leher dan lengan. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Untuk kulit kering, sebaiknya dimasukkan isi tomato bersama sesudu madu dalam adunan tadi.

Untuk Kulit Berminyak

Bahan:

1 biji telur (putihnya saja)

1 sudu perahan jus lemon

Pukul putih telur, tambahkan perahan jus lemon. Kemudian oleskan pada wajah yang sudah bersih. Cuci wajah selepas 10 minit.

Pupur Yogurt Lemon

Jika diamalkan pupur daripada yogurt, tekstur kulit akan menjadi lebih lembut. Malah, ia juga mempunyai kandungan kalsium.

Bahan:

1/2 gelas yogurt (sebaiknya perisa asli)

5 titik perahan lemon

Campurkan kedua-dua bahan itu sebelum disapu pada wajah. Biarkan pupur sehingga pupur kering. Kulit wajah akan terasa tegang (ia normal).

Pupur Mentimun

Boleh gunakan pupur ini untuk menyegarkan wajah. Jika diamalkan, kedutan pada wajah akan berkurangan.

Bahan:

1 biji timun (kecil)

1 atau 2 sudu susu tepung

1 sudu madu

sedikit ais

Potong timun dan dikisar halus. Tambahkan susu, madu dan ais. Kisar hingga halus, kemudian dioles pada wajah dan leher. Biarkan selama 15 minit, barulah bersihkan dengan air suam dan diikuti dengan air biasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: