Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Tanaman dalam pasu pilihan sesuai jika tanah tak subur

Posted by anakkawi on January 8, 2008

Soal Jawab Taman

Soalan

Saya tinggal di kawasan perkampungan yang mempunyai halaman agak luas dan tanah yang kurang subur serta berpasir. Halaman rumah saya hanya mempunyai pokok kelapa dan rambutan. Ini menyebabkan ia nampak suram. Adakah memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menghias halaman? Tolong berikan pandangan. Terima kasih.
Sariah Karia,
Langkap, Perak.

Jawapan

Suasana persekitaran desa adalah aset berharga untuk dimanfaatkan. Sungguhpun demikian, keinginan untuk melihat laman rumah kita kelihatan seperti taman yang terdapat di rumah orang lain sedikit sebanyak membuatkan kita rasa tergugat. Tambahan pula, keadaan fizikal seperti tanah kurang subur dan berpasir membataskan kita untuk menanam pokok lain.

Tidak menjadi halangan jika halaman rumah puan sedemikian. Perkara utama pastikan kita memilih dulu satu sudut atau ruang di halaman bagi tujuan menanam dengan pokok lain dan tumbuhan renek. Bagi mencapai tujuan ini, kita boleh memilih dua cara, sama ada dengan menanam pokok menggunakan pasu ataupun tanam terus ke tanah.

Jika puan memilih menanam terus ke tanah, disarankan supaya lubang yang digali untuk tujuan penanaman mempunyai saiz lebih besar daripada bola akar pokok yang hendak ditanam. Sememangnya di kawasan tanah berpasir, pemilihan pokok amat penting kerana tidak semua tumbuhan dapat hidup subur di kawasan berkenaan.

Jika tumbuhan perlu ditanam, dapatkan tanah campuran untuk disebatikan di kawasan penanaman. Ataupun tanam saja tumbuhan yang diingini ke dalam pasu dan susunaturlah tumbuhan berkenaan mengikut kreativiti masing-masing.

Manfaatkan ruang di bawah pohon rambutan dengan meletak perabot taman seperti set meja taman yang membolehkan kita bersantai. Jika ada bajet, bina kolam atau pancuran berhampiran tempat bersantai. Biasanya kehadiran unsur air akan membuatkan persekitaran menjadi lebih nyaman dan damai.

Namun begitu, isu yang perlu diutamakan adalah berusaha memperbaiki kandungan nutrien dan struktur tanah berpasir yang sedia ada supaya ia lebih subur dan sesuai untuk menanam tumbuhan lain. Pastinya jika perkara yang utama ini kita atasi, tiada halangan untuk bertindak lebih jauh lagi.

Bertindaklah secara berperingkat supaya kita dapat melihat kesan dan membuat perancangan untuk mencapai keinginan seterusnya. Soal kos, jika kita membuat perancangan mengikut langkah yang tepat, pastinya pembaziran tidak akan berlaku dan jauh lebih murah.

INFO

JIKA anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah landskap, hantarkan melalui e-mel di info@ terragarden.com.my atau pos di alamat Terra Garden Sdn Bhd, Lot 2772, Bukit Lanjan, 10KM, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur. Telefon: 03-7725 8698, Fax: 03-7726 3648 Laman web : www.terragarden.com.my

Kolum ini dikendalikan Pengarah Urusan Terra Garden Sdn Bhd, Desmond Ho yang akan turut memberi tip serta maklumat mengenai taman. Surat atau e-mel yang terpilih akan disiarkan dalam ruangan ini dan berpeluang menerima jemputan misteri dari Terra Garden.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: