Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

GARAM BUKAN ANCAMAN

Posted by anakkawi on January 9, 2008




Sebuah kajian saintifik berskala besar telah menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai tekanan darah normal tidak perlu takut mengambil sodium. Namun, bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi pula, pengambilan garam boleh dikurangkan kerana mereka mempunyai tindak balas sensitif kepadanya.Walau bagaimanapun, telah diketahui sejak dua dekad lalu bahawa mereka yang mengalami tekanan darah tinggi dan tidak mahu mengurangkan kadar pengambilan garam boleh mengatasinya dengan mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi potasium. Dalam hal ini, aspek keseimbangan antara dua mineral ini sangat penting.

Kekurangan potasium meninggalkan impak pada tekanan darah, sama seperti kadar pengambilan garam yang tinggi.

Maka, amalkan diet berpotasium tinggi yang boleh dicapai melalui pengambilan pelbagai jenis buah, sayuran dan beberapa jenis kekacang. Sebagai contoh, bayam, brokoli, pisang dan kentang masing-masing mengandungi lebih daripada 400 miligram potasium sehidang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: