Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Setelah sekian lama…

Posted by anakkawi on January 9, 2008

Lama sudah aku godek2 thema untuk blog nih. Akhirnya inilah hasilnya. Hehe… Act cuma memilih jek dari senarai thema yg banyak2 tu. Aku ni terlalu memilih sangat. [Sebab tu single sampai skrg, ahaha] So banyak la thema yang aku try. Pastu bila da try tak berkenan lak. Tukar balik. Pastu try lagi. Pon tak berkenan, sampai la jumpa yg nih. Act ade sket2 part yg aku tak berkenan gak. Tapi manusia perlu belajar untuk mengatakan cukup. Sapo yang tgk blog aku masa tu, mintak maaf byk2 r. Bertukar rupa setiap minit. Sori~~~

Teringat aku pada sebuah artikel dalam majalah Variasi. [Aku tak minat majalah picisan mcm nih, kawan aku yg beli, nasib baik ada gak artikel yg berguna] Ceritanya ringkas, belajarlah untuk berkata CUKUP! Alhamdulillah! Walaupon Pak Lah mengajar rakyat untuk berkata tidak cukup, tapi kita sebagai manusia perlu sentiasa beringat2. Rezki tuhan tu luas. Tapi jangan sampai kita jadi tamak pada rezeki. Kadang2 kita iri hati pada org2 yang bole buat duit dengan pekerjaan dia.

Ada satu kes di Kuala Lumpur nih, sorg bapa tu cuma pengumpul barangan terpakai. Kerja dia hari2 merayau2 di kota KL nih, carik kotak2, botol2, tin2, dan pelbagai jenis barang yang boleh dikitar semula. Masa mula2 kerja tu terok la dia. Ye la, berapa sen sangat dpt klo jual semua barang2 tu. tapi berkat rezki dia, hasil dia wat kerja tu, dia bole bukak pusat pengumpulan barang2an terpakai. Tapi ade gak org dengki, nk rampas bisnes dia yg kecik itu.

Kalo sape2 ada membe atau mengenali org2 yg berniaga, tak kesah la meniaga apa. Lagi banyak kisah penghasad dengki nih. Kadang2 org jual air pon diorg dengki. Kes merampas bisnes org ni selalu sangat berlaku. Contohnya kita bukak gerai jual air minuman. Ala, jual air mcm kt pasar malam tu. Hari2 jual dapat la untung sket. Bole la nak hidup. Tapi jiran sebelah nampak, timbul rasa iri hati. Nak bukak gerai jual air gak. Macam la xde bisnes lain dalam Malaysia ni. Pastu bila bisnes lingkup mula la nak salahkan org sana, org sini. Tapi masa mula2 bukak bisnes tu dia xpk, yg dia dah khianat jiran dia, dah lingkupkn bisnes jiran dia dulu.

Tapi bila cerita bab hasad dengki nih, selalu je kita jumpa org yg jahat2 nih, lagi kaya dan bertambah kaya. Panjang umo lagi. Ada pepatah cakap klo nk awet muda selalu2 la wat jahat. Org jahat lambat mati dan cepat kaya. Hikhik… Tapi jangan lupa, kadang2 Tuhan gelapkan hati kita dan tarik hidayah dan rahmat dari kita, supaya kita ni yang jahat, terus menjadi jahat.

Masa aku kecik2 dulu selalu la aku dengar falsafah yang mengatakan, rezeki kita datang dari Syurga. Sebab tu kita kene beribadah, nak ganti rezki yg kita dah pinjam dari Syurga. Kalau tak nanti bila kita masuk Syurga, dah xde rezki untuk kita, sbb semuanya kita dah pakai kat Dunia. Korg jgn lak percaya konsep nih, rezki kt Syurga tu xkn abes, tapi aku nak cerita yang bila kita asek nak ceri rezeki, sampai lupa nak beribadah, lupa pada Tuhan, nanti kita tak dapat Syurga. Ye la, sbb semua rezki kita kat Syurga tu kita da pakai kt Dunia, pastu tak reti nak bayar balik [beribadah].

So akhirnya kita dapat Neraka. Kene bayar dulu segala benda yang kita pinjam kt Dunia dulu, pastu baru dapat masuk Syurga. Itupon klo kita ni mati sebagai Org Islam la. Ustaz aku cakap org bukan Islam bila mati masuk Neraka. Wallahualam. Tu bukan keje kita nk decide org bila mati masuk mana. Cuma kita ni nak masuk Syurga ke Neraka? Banyak2lah berfikir untuk kebaikan. Sebab pemikiran itu adalah sebahagian dari ilham, dan ilham tu jugak sebahagian dari wahyu.

Dulu aku sendri pon banyak wat jahat. Atau aku memang jahat kot. Hrm… Banyak2 la doa pada Tuhan, moga DIA sentiasa memberikan petunjuk dan Hidayah pada kita semua…

Ameenn….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: