Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Krisis Hutang Di Afrika

Posted by anakkawi on January 11, 2008

myMetro » Hati

Hati

Kiva penawar duka Afrika


KRISIS hutang mungkin menyebabkan urusan pengambilalihan perniagaan mencecah berbilion ringgit tetapi lain pula halnya di kalangan penduduk miskin Afrika. Sekadar memenuhi keperluan sebuah mesin jahit baru untuk berniaga, kaedah peminjamannya agak mudah.

KRISIS hutang mungkin menyebabkan urusan pengambilalihan perniagaan mencecah berbilion ringgit tetapi lain pula halnya di kalangan penduduk miskin Afrika. Sekadar memenuhi keperluan sebuah mesin jahit baru untuk berniaga, kaedah peminjamannya agak mudah.

Sesiapa saja yang mempunyai kira-kira RM82 dan sambungan Internet kini boleh bergelar pembiaya mikro antarabangsa menerusi pertubuhan dikenali sebagai Kiva.

Antara lain, pertubuhan itu bertindak melakukan padanan antara peminjam individu de ngan usahawan miskin di negara membangun.

Perunding cukai hartanah di Chicago, Steve Thomas, 50, mula meminjamkan RM165 kepada seorang lelaki di Togo yang menyara kehidupannya dengan memperbaiki dan mencantikkan kasut sukan terpakai untuk dijual semula.

Pinjaman terbabit dibayar semula sepenuhnya dan Thomas kemudian menaja 83 perniagaan lain, daripada kafe siber di Ecuador kepada perniagaan menanam cendawan di Moldova.

Peminjaman mikro sudah digunakan berdekad lamanya.

Muhammad Yunus berkongsi Hadiah Keamanan Nobel 2006 bersama Grameen Bank yang mengasaskan kaedah peminjaman wang sedemikian pada awal 1980-an untuk membantu memperkasakan golongan miskin di pedalaman Bangladesh.

Beberapa institusi lain turut berkembang sejak itu tetapi Kiva adalah pertubuhan pertama yang memberi laluan peminjaman mikro secara langsung kepada masyarakat umum menerusi kaedah dalam talian.

Kiva menerima publisiti besar-besar September lalu apabila Oprah Winfrey memaparkan pertubuhan berkenaan dalam program televisyennya sekali gus menarik minat ramai dengan pinjaman berjumlah RM62 juta.

Permintaan begitu tinggi sehinggakan pada hari episod itu disiarkan, setiap pinjaman pada laman web itu berjaya dipenuhi.

Penggunaan yang begitu mudah serta kemampuan dan kepopularan Kiva memang dipuji Thomas. Dia turut melihat manfaat politik dan ekonomi dalam jangka panjang untuk negaranya.

“Ia berisiko tetapi peningkatan yang sedikit boleh memberi pulangan lumayan.

“Kemakmuran adalah penawar kepada keadaan kelamkabut dan kacau-bilau. Ia lebih murah untuk bergelar ahli perniagaan sedunia daripada menjadi polis dunia,” kata Thomas.

Aiesha Turman, 33, sibuk melayari laman web apabila dia terjumpa Kiva. Tertarik dengan nama pertubuhan terbabit yang datangnya daripada perkataan Swahili bermaksud ‘perjanjian’ atau ‘perpaduan,’ pendidik muzium di Brooklyn itu membelek pula profi l pemiutang.

Dia menemui nama penjaga kedai Tanzania yang mempunyai nama sama dengannya dan seperti Aiesha, dia juga ibu kepada seorang anak.

Penjaga kedai itu membayar Aiesha dalam jumlah penuh.

Daripada menuntut wangnya semula sebanyak RM82, wanita itu terus membiayai pinjaman baru dengan memberi tumpuan kepada wanita berkulit hitam yang mempunyai anak.

“Agak sukar bagi wanita untuk naik pangkat terutama di negara membangun,” kata Aiesha sambil menambah, pinjaman kepada golongan ibu itu bukan saja membantu individu tetapi sebuah komuniti.

Aiesha dan Thomas tidak kisah meskipun tidak memperoleh sebarang faedah ke atas pembiayaan pinjaman itu.

Faedah yang dikenakan kepada pemiutang biasanya digunakan untuk kos pentadbiran pinjaman berkenaan yang agak mahal terutama di kawasan yang mempunyai prasarana kurang maju.

Kadar faedah purata dikenakan rakan kongsi Kiva adalah 22 peratus meskipun kadar berkenaan bermula daripada serendah empat peratus hingga setinggi 50 peratus.

Kadar faedah itu ditentukan oleh sesebuah rantau serta saiz pertubuhan tempatan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada peminjam. Di sesetengah tempat di Amerika Latin, pinjaman pada kadar 50 peratus masih dikira kurang mahal berbanding pinjaman daripada peminjam wang setempat dengan kadarnya boleh mencecah 100 peratus.

Meskipun hanya memperoleh pulangan emosi, pemiutang sanggup memberi pinjaman dengan segera, sama pantas dengan bilangan peminjam yang baru.

Ini khususnya di kalangan rakyat Afrika di mana usahawan wanitanya terbabit dalam bidang pengeluaran makanan seperti pengusaha mentega kacang yang dipaparkan dalam rancangan televisyen Oprah Winfrey itu.

Begitu juga dengan pinjaman di kalangan rakyat Afghanistan dan Iraq, kata jurucakap Kiva, Fiona Ramsey.

Kejayaan Kiva tidak bermakna keperluan rakyat miskin yang bekerja sendiri itu dapati dipenuhi. Masalah timbul di kalangan rakan kongsi tempatan yang bertanggungjawab mengutip bayaran.

Sehubungan itu, Kiva cuba untuk meningkatkan bilangan pertubuhan yang menjadi rakan kongsi mereka tetapi proses menambah bilangan rakan kongsi baru itu memerlukan kajian kewangan berbulan lamanya serta rujukan pihak tertentu. – Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: