Sehening Kalbu

Kelana Berlandaskan Hati, Percaya Mengikat Diri…

Archive for the ‘Cerpen @ Novel’ Category

Cerpen: Revolusi cinta, Xuanwa

Posted by anakkawi on December 26, 2007

Oleh Nimoiz TY

Diperoleh dari Berita Harian Online.

S-A-T-U

DAUN kasuarina tampak berbalam-balam dibalikkan sapaan angin Xuanwa. Angin yang bersatu di halaman keikhlasan mengirimkan salam pada batu-batu tegel, menyapa mihrab Masjid Niujie malah membisikkan rindu lalu bersimpuh di Selat Pohai. Pun, angin nan perkasa mustahil dapat mentafsir selat rindu, sementelah untuk menebak kedalaman sagara cinta.

Kalaupun jasad terlontar dalam Selat Pohai, sudah pasti aura cinta tulus akan meresapkan keasinan yang ada pada molekul-molekul air. Malah pekikan ombak riuh yang mencorakkan Teluk Angsana betah akan mengomel begini; Hadirlah, ini revolusi cinta, dunia yang bakal diwangikan dengan perfum bunga-bunga, dunia yang akan diwarnakan dengan tujuh juzuk bianglala kata-kata.

Segala-galanya ada di daerah ini. Bait kalimat tidak akan tertegun. Akan disampaikan terus tanpa terhukum atau terpiat dengan cemeti iri. Roh pun seakan-akan terjerkah, lalu menggigil diam. Layangkan kartu cinta, layangkan.

Cinta adalah keriangan! Oh, alangkah!

Read the rest of this entry »

Posted in Cerpen @ Novel, Didik | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Cerpen: Seutas Tasbih Sebuah Janji

Posted by anakkawi on December 26, 2007

Oleh Peter Augustine Goh

Diperoleh dari Berita Harian Online. AIR mata Pak Long sudah terkumpul dan tergantung di dagu. Perlahan-lahan ia memberat lalu menitis setitik demi setitik ke atas sejadah. Ada setitik dua mengena tasbih di tangan kanannya. Tangan yang sudah nampak berkedut sedikit, tetapi menegang urat-urat hijau.

Aku memejamkan mataku seketika, cuba menghalau semacam keterharuan dan kesedihan. Jelas, aku tidak berjaya menghapuskan perasaan yang amat mengusik hati. Usikan itu bagaikan mendorong mataku (yang melihat Pak Long berwirid di satu sudut ruang tamu) supaya turut menitiskan air jernih seperti Pak Long.

Ketika berjalan menuju ke bilikku dengan bibir terketap, aku dapat merasakan jolokan hatiku tadi benar-benar terlaksana. Setelah menghempaskan tubuhku ke atas tilam katil dan menyembamkan mukaku di bantal, beberapa titik air jernih sudah tertitis ke bantal itu, membentuk satu bulatan besar, seolah-olah membentuk huruf ‘O’, kebetulan huruf pertama bagi nama Pak Long – Omar. Bahuku terenjut-enjut. Sebak dadaku bukan main. Kupejamkan mataku rapat-rapat.
Read the rest of this entry »

Posted in Cerpen @ Novel, Didik | Tagged: , , | Leave a Comment »

Cerpen: Mihrab

Posted by anakkawi on December 26, 2007

Oleh Amiza Khusyri Yusof

Diperoleh dari Berita Harian Online.

IQAMAH dialunkan melalui pembesar suara. Saya lekas mengatur langkah menuju ke masjid. Apabila tiba, saya lihat jemaah sudah penuh dua saf. Saya berdiri di saf ketiga. Di kiri dan kanan sudah ada dua tiga orang lagi yang baru sampai dan sama-sama membentuk saf.

Saya rapat-rapatkan tumit dan bahu, betulkan saf sungguh-sungguh. Meyakini bahawa saf bukan pada lurusnya sahaja, tapi juga pada rapat dan akrabnya tubuh. Apa yang mengecewakan saya, jemaah masjid walau di mana-mana tidak suka merapatkan tubuh dan bahu bila berdiri dalam saf. Maka saf pun jadi bengkang-bengkok macam ular kena palu dan pada hari ini, seperti hari-hari sebelumnya, saya masih kecewa. Apabila saya rapatkan tubuh kepada makmum di sebelah kanan, dia menjauh sedikit dan jangan diharap pada makmum di sebelah kiri yang memang tidak mahu akrab sejak tadi. Saya kira, jika jemaah saf pertama dan kedua membetulkan saf sungguh-sungguh, merapatkan bahu dan tubuh, sudah tentu tidak akan wujud saf yang ketiga ini. Aduhai!
Read the rest of this entry »

Posted in Cerpen @ Novel, Didik | Tagged: , , | Leave a Comment »

Cerpen: Hati Seorang Abah

Posted by anakkawi on December 26, 2007

Diperoleh dari Berita Harian Online.

SATU

DIA pernah marahkan abah. Kalau bukan kerana abah, pasti dia tidak akan tercampak di situ. Bergelumang dengan debu pepasir, terkejar ke sana ke mari hingga lelah mengurus diri. Memang abah punca keberadaan dia di situ. Keputusan abah ibarat batu besar menghempap diri. Dia diserang amarah tidak terluah apabila abah menyuarakan keputusan.

“Adik harus patuh kata abah. Kalau kata abah adik sanggah, abah terpaksa jadikan ia satu perintah.”
Mengapa abah begitu berkeras? Sedang pintanya tidaklah seruwet mana untuk ditunaikan. Dia hanya mahu menyusul jejak abang-abang dan kakak-kakaknya memilih haluan hidup atas tangan sendiri. Itu sahaja, takkan itu pun abah tidak mengizinkannya. Bukan tiada yang sudi membela dirinya, tetapi sikap abah yang membatu diri, memekak telinga dan menuli gegendang menghalang ibu dan adik-beradik mempertahankan pilihannya.

“Manusia dikurniakan dua telinga dan satu lidah supaya dia mendengar dua kali dan berbicara satu kali.” Dia mencenung wajah tenang abah, cuba memahami maksud kata-kata abah.

Read the rest of this entry »

Posted in Cerpen @ Novel, Didik | Tagged: , | Leave a Comment »

Cerpen: 10 puteri tak dilindungi bulan

Posted by anakkawi on December 26, 2007

Oleh Fatimah Busu

Diperoleh dari Berita Harian Online.

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

“Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?”

“Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki … tiga empat orang �”

“Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami.”

“Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri.”

“Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita.”

“Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?”

“Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital � Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?”

Read the rest of this entry »

Posted in Cerpen @ Novel, Didik | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Cerpen: Lintah

Posted by anakkawi on December 24, 2007

SESUDAH pencen, aku menyewa sebuah ruang pejabat yang kecil di Kota Damansara. Walaupun di rumah sederhanaku, yang terletak kira-kira satu kilometer dari pejabat itu, ada ruang untuk dijadikan SOHO, tetapi aku lebih selesa bekerja di pejabat. Kalau ada SOHO di rumah, aku tidak bergerak banyak. Lepas sarapan masuk SOHO.

Jemu di SOHO, menonton tv. Jemu menonton TV, tidur.Pejabat ini aku sewa daripada anak lelaki teman persekolahanku di Sekolah Alam Shah dulu. Dia membelinya secara strata, tingkat tiga ini saja, yang diserahkan kepada anaknya. Tingkat ini pun kami kongsi bertiga, setiap satu dengan urusan masing-masing. Pejabatku berdinding separuh, tidak sampai ke siling, supaya aku dicabar untuk selalu celik; kerana akan berasa malu kalau dilihat sedang tidur oleh penyewa-penyewa yang lain.

Read the rest of this entry »

Posted in Cerpen @ Novel, Didik, Lawak + Pelik | Tagged: , | Leave a Comment »